Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: bernafas dalam sesak

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Tuesday, February 22, 2011

bernafas dalam sesak

www.photobucket.com

lihat tumbuhan kecil hidup menjalar di pohon besar itu
buat diri terfikir,tumbuhan kecil masih mampu hidup walaupun menumpang di pohon besar.
burung burung masih terbang di awan biru terbentang luas masih mampu mengibar sayap
jika hujan mula turun ataupun mentari terik memenatkan,singahlah mereka dikaki pepohon
menumpang teduh,menebarkan rasa penat.masih mampu bernafas dalam sesak.


semut kecil sibuk mencari makanan untuk si ratu.
sang lebah pula sibuk bekerja membuat madu.
karma alam tidak berubah..melainkan ada si durjana yang tidak tahu meghargai ciptaanNya.
yang kecil sibuk dengan halnya tapi masih erat hubungannya.
yang besar sibuk mencari harta dunia tanpa sedar mereka bernafas dalam sesak.


dari mata hati seorang pecinta,melankolik melodi lagu puisi rindu..
itu cukup menghiburkan hati walaupun dalam diam diri sendiri sakit merindui..
hati boleh berubah walaupun indahnya kenangan,tajam kaca masih mampu tertahan
masih mampu bernafas dalam sesak tanpa sedar diri tetap mampu berdiri atas kaki sendiri..
kerana masih ada insan terpilih yang istimewa yang membuat senyuman semanis secantik delima!

 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak