Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: sampai syurga

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Saturday, May 07, 2011

sampai syurga

salam semua :)
rutin harian seperti biasa ,takde keja lain selain mengupdate blog.
ye,sya si blogger tegar #mendabik dada dgn bangga.
^_*



kisah ini aku tujukan kepada semua ibu ibu sedunia.
kasih ibu sampai ke syurga,penat lelah bertungkus lumus membesarkan kita si anak manja.
tika masih kecil,kita diasuh bagai menantang minyak yang penuh.
jatuh terluka si ibu riuh cemas bagaikan si anak cedera parah,hampir pengsan si ibu tadi.

masuk alam persekolahan,si ibu yang tak tahu memandu atau menunggang segigih mungkin mengayuh basikal menghantar si anak ke tadika,tinggalkan sebentar kerja seharian.
pabila usia meningkat remaja,si anak telah menjadi si gadis.
"ibu,dunia kami berbeza?"
ye nak "dunia kamu sebagai gadis dgn teruna berbeza"
jika si anak adalah si teruna.
runsing ibunya memikirkan kenakalannya..tapi si ibu tak pernah mengeluh malah cukup memberi kebahagian kepadanya.

tamat sudah sekolah menengah,si anak tadi berjaya melanjutkan pengajian di ipt.
ibu mana yg tak gembira,darah daging sendiri berjaya.
wang ringgit dikeluarkan setelah disimpan sekian lama hanya untuk si anak tercinta,demi masa depannya.
begitulah pengorbanan si ibu buat si anak hingga mereka mengengam segulung ijazah.

mula berkerja,si anak bangga dapat memegang jawatan penting di syarikat terkemuka negara.
gaji bulanan mmg tak habis makan seorang,dihulur kepada si ibu yang telah banyak berjasa bukan ibu sahaja tapi juga bapa.
bertuah serta beruntunglah si ibu bapa punya anak seperti ini.
si anak yang kenang jasa,si ibu perlu di dahulukan sebanyak tiga kali lebih penting dari si bapa,ini bagi lelaki.
bagi perempuan,si suamilah patut dipentingkan.

tapi tak semuanya mengenang jasa!
pabila sudah kaya mewah hidup serba serbi selesa,ada juga si anak derhaka.
tak kenang budi si ibu yang telah memberi susunya dengan penuh kasih tanpa mengharap balasan anaknya.
ada pula yang sudah berkahwin dengar kata suami atau isteri..
menghantar si ibu tua dengan keringat tidak seberapa ke rumah orang tua.
ada yang lebih kejam membiarkan si ibu ini tinggal keseorangan di rumah usang.

tak terfikirkah engkau wahai si anak,ibu kamu itu syurgamu???
si ibu yang telah membesarkan kamu sehingga kamu mampu melihat dunia yang tersergam indah ini.
si ibu yang telah berkorban untukmu.
sayang insan seperti si anak derhaka ini wujud di muka bumi.
rugi rasanya.
"keberkatan ALLAH terletak kepada keberkatan ibubapa"

tapi aku sendiri tidak faham mana hilang sifat kemanusian.
mengapa perlu membuang bayi yang dilahirkan?
itu anak anugerah ALLAH,besar nikmatnya.
si ibu yang mengandung sembilan bulan,malaikat akan berdoa segala kebaikan untuknya.
si ibu yang berkorban separuh nyawa melahirkan,akan bersihlah dirinya tanpa dosa seperti bersihnya kain putih.
tapi tapi !
mengapa?
bayi tidak berdosa itu tidak sempat melihat dunia,engkau dengan mudahnya meragut nyawa berharga.
malah tempatnya di tong sampah,tandas,campak ke sungai?
mana pergi harga diri?

ALLAH,jauhkan aku dari maksiat duniawi ini.
tunjukkan aku jalan menuju keredhoanmu.
amin.
buat ibu,emak,mummy,mama,ummi.....
selamat hari ibu.
moga kalian bahagia hidup di dunia dan akhirat kelak.
bukan hanya kerana hari ibu kita perlu mengingati ibu ibu kita tapi hari hari.
perlu diingat,jasa ibu amat besar..
berjasalah kepada mereka.

Syukran ya ALLAH, aku dikurniakan seorang emak yang baik.
berikanlah kebahagian kepadanya,tempatkannya di syurga kelak.
ma,akak sayang ma.
terima kasih sebab selalu masak makanan fave akak.

insyaALLAH,aku akan balas jasa orang tuaku.
tidak mahu aku menjadi anak derhaka.
cukuplah dosa sendiri yang tak tahu sebesar mana.

kasihmu sampai ke syurga.....

nota jari : hadiah hari ibu belum beli lagi..uhhh,menangis aku type benda ni sob sob sob.

 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak