Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: cerpen II : lagu puisi

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Wednesday, June 22, 2011

cerpen II : lagu puisi

"suzy..! suzy..! suzy..!" eh kau ni termenung jauh sangat."apa yang kau menungkan tu?tanya Zira kehairanan. Suzy yang dari tadi termenung pantas membetulkan kedudukan kerusinya sambil tersenyum seraya menjawab "takde apelah zira,teringatkan kisah lama". "Kau teringat siapa?si dia?"nada Zira seakan menduga. Ketawa kecil si gadis bertudung biru itu lantas menjawab "Amboi Zira,kau perli aku ye?aku mane ada bf yang nak diingat""Kau tu jual mahal sangat"Suzy hanya melakarkan senyuman,hatinya berbisik "tiada jodoh..."
***********
"Sepucuk surat,sekuntum bunga mawar? ha? ada coklat !" "Siapa pulalah yang baik hati sangat nak bagi cik Suziana ni semua ni"bisik hati kecil Suzy. "Zira! zira!"."Ada apa cik Suzy hoi! Kau ni kacau daun lah,aku nak bergayut sekejap pon tak boleh" bingkas Zira berang. "Ala kau ni,tak sudah sudah lagi bergayut,24 jam kau dengan Adiq tue.Eh Zira,terima kasih ye bagi aku semua ni,kau memang tahu je yang aku sukekan coklat mint nie" riang nada suaranya. Namun jangkaan Suzy meleset. "Wahai cik Suzy,buat apa pula aku nak bagi kau coklat siap ada surat dengan bunga mawar?Kau ingat aku lesbian ke apa" ketawa kecil Suzy apabila mendengar bebelan Zira. "Haha,apalah aku ni,tak terfikir pula.tapi siapa yang bagi?" "Kan ada surat tu,kau tak reti baca ke ?" Suzy tersenyum hingga menampakkan baris giginya yang putih berseri,dalam kotak mindanya berkata "apasal biul sangat aku ni?"
***********
"baca puisi di depan diri lukisan garis
matahari teringat dingkau fikiran kacau yang ku inginkan kita kawan
langit dihiasi pelangi anganku aku cemburu
aku masih belum menghiasi taman kamu
terus bisu menantimu"
" Hello,asalamualaikum. As ada? "gementar suara Suzy menelefon sahabat lamanya. Asraf Muhd Danial,semasa di kolej jejaka inilah yang menjadi tunggak utama Suziana Ellyna mencurahkan segala masalah kisah suka dukanya. Setelah tamat pengajian, Suzy dan As jarang berhubung kerana masing masing sibuk. "Wa'alaikumsalam.hello hello! siapa disana?" jawab As dengan sikap mesranya. "Eh As,ni Suzy lah.Kau ni kan sama macam dulu.happy je kau!" " Suzy.........!" menjerit As hampir terkeluar anak tekak. "Yela pak cik Asraf Muhd Danial,ini Suziana Ellyna bercakap.Hehe" Suzy bergurau. "As,kau dekat mana sekarang? kalau kau di KL,mari jumpa aku hari ini?"panjang bertanyaan Suzy. "Hari ni?betul ni? okey! sebab aku sayang kau,kita jumpa dekat Ikea pukul 2.30 okey?""Orait!" balas Suzy ringkas.

Pertemuan semula antara As dan Suzy membuatkan mereka berdua selalu bertemu. Cerita cerita lama mula dibuka umpama membaca sejarah dunia. Kisah As dengan bekas kekasihnya juga dicerita kepada Suzy,begitu juga Suzy. Masalah masing masing mula dikongsi bersama seperti semasa zaman belajar di kolej. 

*************
Langit gelap dihiasi terang cahaya bintang ditenung satu persatu oleh gadis berusia 24 tahun yang mempunyai minat yang amat dalam terhadap alam semulajadi. "harimau bengis,senyummu manis,marilah kawan jangan lawan" dalam kotak fikiran Suzy berlegar legar baris baris puisi yang tertulis dalam surat yang disertakan mawar dan coklat kegemarannya. "aku seakan pernah membaca puisi tu,itu lagu puisi kan?" tanya hatinya sendiri. "siapa yang beri surat itu padaku?siapa?aku kenal dia kah?atau mungkin As yang berikan?" Suzy terus bermain dengan tekaannya hingga terlena dibuaian anjung tingkat atas biliknya.

"Aku takkan maafkan kau Suzy! selama ni aku ingatkan kau kongsi semuanya pada aku.kau janji yang kau takkan sorok apa apa pon dari aku!" Kau penipu Suzy!" As berang dengan apa yang terjadi didepan matanya sebentar tadi. Suzy hanya terdiam tidak mampu memberi penjelasan. Sejak insiden itu, mereka tidak lagi rapat seperti selalu hingga pengal akhir semesta berakhir.

"maafkan saya,saya tak patut rapat dengan awak. saya tak patut ada rasa sayang terhadap awak. awak baik,baik sangat sama seperti As. Saya tak mahu simpan rasa sayang saya terhadap awak demi As. Saya tak mahu hubungan awak dengan As terjejas kerana saya. Awak, "blood is thicker than water". saya harap awak faham. saya rasa perasan saya terhadap awak hanya sekadar adik dan kakak."- Suziana Ellyna.
 **********
kotak hitam bercorak bunga teluki dibuka semula oleh Suzy. hatinya tergerak mencari semula sekeping kertas yang berikan oleh As sewaktu mereka baru mula mengenali satu sama lain. " Ya Allah ! Kenapa aku boleh lupa tentang puisi ni?" cebik Suzy sendiri. " Surat! ye surat tu..bunga tu! coklat! " " As...aku belum sempat ucap maaf,tapi kau dah pon maafkan aku" mengalir jernih airmatanya.

" Pandang tasik tu As,jangan pandang aku" arah Suzy dengan nada suaranya perlahan. "Kau ni dah kenapa Suzy?" tanya As hairan. " kau ingat lagi kata kata yang kau takkan maafkan aku sebab insiden 3 tahun dulu?". As hanya mendiamkan diri,dia melemparkan batu ke tasik sebutir demi sebutir.  "Jawablah pertanyaan aku As" pinta Suzy. "Aku tak pernah marahkan kau,aku cuma terkilan kenapa kau tak pernah cerita mengenai kau dengan adik aku sendiri?" "Tapi tu semua salah faham,aku cuma amik berat pasal adik kau tak lebih dari tu" balas Suzy. " Aku tahu Suzy sbb tu aku bagi surat,bunga mawar dengan coklat kesukaan kau tu.Aku yang salah ertikan semuanya,aku minta maaf" "Aku tak rasa kau salah,aku yang salah sebab tak pernah cerita semua tu" "Sudahlah Suzy,kau sahabat terbaik aku.aku tak simpan apa apa.kita lupakan ye?nanti bila kau dah nak kahwin,jangan tak bagitahu aku" kata As sambil tersenyum sedikit tertawa. " Haha,terima kasih As" Suzy tersenyum tanda syukur,akhirnya salah faham yang telah terbuku selama tiga tahun selesai bersaksikan tasik yang biru.

"kau kawan aku dunia akhirat!"

************
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak