Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: kisah si jantung hati

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Friday, June 24, 2011

kisah si jantung hati

slurrrrrrrrrrrrrrrp! selsema la pulak. nak demam nie!
owhh ye,takde kena mengena.
takde spe nak baca pon.

takde ape nak buat so mari sini kisah si jantung hati



masa si gadis mula mula kenal si jejaka,si gadis tak suke walaupun si jejaka cuba sedaya upaya pikat hati si gadis. bagi si gadis kalau mahukan hatinya perlu ikhlas dan berusaha sedaya upaya biar nampak jujurnya. setelah berbulan si jejaka mencuba akhirnya si gadis mengaku telah menyukai si jejaka dan mula menyanyanginya.

bagi mereka segalanya nampak baik. angin orang bercinta mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang. kalau boleh hari hari mahu jumpa,hari hari saling menghubungi nak pergi tandas pon beritahu. indah bukan? aku pon penah bercinta setengah mati! aku tak tipu.

setiap malam kalau boleh nak webcam dekat ym takpon skype sampai la mata yang dah mengantok terlentok nak tidur.sebelum tidur mesti cakap "saya sayang awak sangat,rindu awak". perkara biasa kan? manis macam lolipop!

si jantung hati kesayangan,awak handsome! awak baik sangat ! awak sweettttttttttt! cutenya awak bila awak senyum. saya suka dengar awak ketawa boleh buat saya hilang tension. terima kasih sebab teman saya jalan jalan,hantar saya balik rumah,bagi saya hadiah. pengorbanan awak saya amat hargai.

awak selalu kate kat saya " sayaaaaannnnnnnnnnnnnnnng awak" kadang kadang saya tersipu sipu malu walaupun awak dah selalu cakap. awak,awak tahu tak kalau awak buat muka masam sikit je saya dah tak keruan sebab saya ingat awak marah saya,saya takot. senyuman awak buat saya tenang. 

bila awak tak mesej saya berhari hari,saya mula lah rindu. tapi saya faham awak sibuk. tapi lama lama,saya tahu awak dah berubah bukan sebab perempuan lain tapi sebab komitmen dan tanggungjawab awak. tapi takpe,saya tak kesah sebab saya tahu bercinta macam mana pon akan berakhir jua.saya tetap sayang awak.

jadi,ironinya cinta mereka tak jadi. sayang mereka ada penghalang. walaupun mereka tak bersama,hati mereka tetap sayang. makin hari walaupun mereka makin jauh,mana tahu hati mereka makin rindu.kalaupun hilang rasa sayang tu sekurangnya mereka penah menyanyangi.

"if all we have are these few stolen seconds,then we can't let them go to waste" walaupun sesaat nikmati masa itu,hargainya seperti emas.hanya memori tersimpan kemas dalam kotak minda.

nota jari : bahagiakah bercinta kalau kita tahu orang lain akan terluka?

No comments:

 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak