Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Jawaban untuk statement " Alaaah! Perempuan pakai tudung pun perangai buruk nak buat apa!"

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Saturday, December 03, 2011

Jawaban untuk statement " Alaaah! Perempuan pakai tudung pun perangai buruk nak buat apa!"

Assalamualaikum.

aku nak kongsi sikit jawapan statement diatas.
jawapan diberi oleh Ustaz Fadhil, lecturer di SIIUC.

p/s: text ini panjang, jika anda betul betul mahu membacanya,Alhamdulilah.

kebanyakkan wanita bertudung atau yang sentiase berusaha menjaga auratnya sering mhadapi perlian spt diatas.maka berikut adalah beberapa jawapan yg mungkin dpt mbantu rakan rakan muslimah bg mjawab perlian tersebut.

  1. kebaikan seseorang tidak dnilai bdasarkan akhlak,perangai mahupun dressing semata mata. tapi dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kpd Allah. dinilai mgikut seberapa usaha mereka taat kpd Allah. inilah aspek pertama yg sewajarnya kita tanamkan dlm diri masing masing yg mgaku sbg muslim.
  2. suruhan memakai tudung dan menutup aurat bukanlah utk fesyen atau suka suka. tp adalah kerana ianya mrupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. tidak kira siapa saja insan yg bgelar muslim, maka dia wajib menutup aurat spt yg dperintah dan berusaha memiliki akhlak yg baik.
  3. setiap muslim itu tidak tlepas dr kewajipannya. biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun.penzina mahupun kaki lepak anda sebenarnya tidak pernah terlepas utk menunaikan kewajiban bersolat! begitulah dgn kewajiban bertudung. biarpun anda jahat dalam hal lain sekalipun,jgn ingt anda patut tinggalkan penutupan aurat. anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, wlpn anda mgangap dri anda tidak layak bertudung..sungguh,itu hanya imaginasi sampah anda sahaja.
  4. perangai yg tidak baik adalah kesalahan. tidak menutup aurat juga satu kesalahan, jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik) anda telah melakukan dua kesalahan. jadi berusahalah utk lakukan dua dua.
  5. mereka yg mengatakan statement " Alaaaah! perempuan pakai tudung pun perangai buruk nak buat ape!" sebenarnya akhlak andalah yg rosak. malahan dtambah dgn satu lg kerosakkan,iaitu kerosakan minda dan jiwa. anda sebenarnya tlh mperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah mperlekehkan insan yg sedang berusaha mentaati perintah Allah (dlm bab tutp aurat) apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yg menutup aurat tsebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji spt itu? sedangkan anda mbiarkan aurat anda tbuka? knp anda mcerca insan yg berusaha utk memakai pakaian disarankan oleh Allah? apakah pakaian anda sudah lbh baik bbanding apa yg dtetapkan? anda mahu lawan Tuhan?
  6. penilaian baik dan buruk atau cantik dan tidk cantik semuanya tidak muktamad pd kacamata hati dan fikiran manusia. ttp ia mestilah berpandukan kpd petunjuk Allah dan Rasulnya. kita tidak ada hak sedikitpun dlm menetapkan syariat2 tertentu dlm agama dan kehidupan ini. bahkan kitalah yg wajib menundukkan hati kita kpdnya. Allah menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya tlh amat byk meberikan kelonggaran kpd kita. namun, kebanyakkan manusia itu shj sememang tabiatnya gemar melampaui batas. berbahagialah kpd sesiapa yg berusaha sedaya upaya dlm mentaati Allah.
  7. adakah manusia yg gagal dlm sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yg lainnya juga? adakah manusia yg bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? adakah insan yg belum sempurna akhlaknya tidak sepatutnya menutup aurat? adakah mereka yg tidak cukup puasanya tidak perlu membayar zakat? saya katakan... anda siapa utk mgatakan mereka tidak layak? bahkan solat itu tuntutan  ke atas seluruh umat Islam. begitu juga penutupan aurat.
  8. sewajarnya dlm keadaan spt ini, kita wajar nasih menasihati. agar dpt menambahkan kesempurnaan dri dlm usaha mendekatkan dri kpd Allah s.w.t. melainkan ada kerosakan d dlm ati dan jiwanya, pasti tindakkannya hanya mahu mberontak dan tidak senang dgn org lain dan thadap apa yg dturunkan oleh Allah kpdnya. ketahuilah, wujudkah manusia yg benar benar sempurna?
Ayuh! bersegeralah kita kpd syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

" sesiapa yg memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yg semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka" (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

" Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa itulah yg paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda tanda kekuasaan Allah, mudah mudahan mereka selalu ingat." (al-A'raaf 7:26)


nota jari : aku baru je bhijrah. byk lg kurang itu ini. sme sme la doakan ke jln kebaikan.
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak