Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Manifesto palsu si penipu

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Friday, December 23, 2011

Manifesto palsu si penipu

masih ingat tentang manifesto itu?
manifesto kau dan aku.
satu manifesto baru 
yang orang lain tak pernah tahu.

kau tahu aku diam sekarang?
kau tahu dunia aku kelam?
apa kau fikir aku sekarang?
itu mungkin angan aku seorang.

penat lelah hampir lemas
aku cuba capai ruang terang itu
mencari sesuatu yang hilang itu
dan berharap kau akan membantu

jangan hirau keadaan kelam ini
jangan endah pergaduhan ini
kerana apa pon yang bakal terjadi
tidak akan memberi apa-apa erti

jika kau fikir aku lemah
jika kau fikir aku ego
lupakan!
sebab kau tak pernah faham siapa aku.

baik aku lupakan
segala benda yang telah berlaku
tentang manifesto kau dan aku
tentang memori manifesto itu

aku bukan saja mahu padam manifesto itu
tapi aku mahu buang terus siapa kau
memang aku tak mampu
sebab kau virus hidupku.

manifesto kau dan aku
menjadi palsu
dan diri aku bagimu
hanyalah seorang penipu.

-ciknerty/2011

p/s: kehidupan merupakan pemindahan masalah ke satu masalah lain.
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak