Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: heart letter

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Thursday, February 23, 2012

heart letter

nota jari : peeeepppppssssss! entry ini mungkin buat orang muntah,jika mahu baca sila sediakan mangkuk besar berukuran 20 cm dan berkedalaman 10meter.sediakan mangkuk tandas better. muahahahaahahha ;p

kehadapan si pemberi semangat yang kini berada dalam ingatan aku,aku harap kau sehat sehat sesehat perut muncit kau.aku tahu kau tengah korek hidung sekarang ni kan? kau kan selalu cakap camtu kat aku,tapi aku tak kesah sebab bila kau korek hidung kau tue,kau nampak lebih macho,lebih cool dan lebih tampan. setampan lesung batu terhias di pipi kau tue.

sebab aku type benda merepek ni sebab aku baru je makan kerepek dua bungkus,sedap jugak bila makan  tanpa kau,kalau makan dengan kau..kau selalu je ulam dengan asap. hilang selera makan aku,bila aku cakap ulam asap tak sedap kau kate aku kuat bebel -.-'' macam nenek kau,kau kate. aku bebel kat kau pon sebab aku tanak kau sakit lagi..nampak tak aku sayang kau? tak nampak? memang la dah mata hati kau lekat nama dia je. 

si pemberi semangat, aku rindu la dekat kau. sejak perut kau tak muncit dah..kau senyap je. kau malu ye nak ceta kat aku yang kau dah kurus?dah ramai aweks tertarik? takut aku jeles ke? ahaaaaakkkks. jangan la malu, kau kan tau aku ni cool..aku tak gelak punya cuma aku akan guling guling je ;p

hye si pemberi semangat, aku ucap thanx million kat kau sebab dah bg semangat kat aku smp aku dapat result yang boleh wat aku sengeh time tido,kau tau kan kau je yg bg semangat time aku down giler..kau je yang ade dude even sekarang aku dgn kau agak awkward aku tetap ingat semua pesan kau dengan RAM kapasiti 1gb aku nie. kau jangan riso kan aku lagi sebab aku ni tough, aku takkan down lagi.
kau kenal aku kan?

beb, aku ingat lagi tahun 2009 aku kenal kau. mula mula aku pandang kau, aku ase kau mcm takbest. takbest la sbb kau mcm sombong je sbb kau pon kate aku cmtu kan. tapi bila lama lama aku kenal kau.aku ase kau sgt best,sgt pandai jage ati org lain sampaikan kau abaikan diri kau sendiri. kekadang aku ase kau ni bodoh tapi sebenarnya ati kau baik. kau bukan setakat baik dengan orang yang dah sakitkan ati kau malah kau lebih sayang orang tue. kau jgn tipu aku,aku sgt faham kau.

si pemberi semangat..aku tahu kau mampu berdiri tanpa aku tanpa orang lain..kau mampu berdiri atas kaki sendiri so aku takperlu risokan kau lagi. kau pon jgn riso kan aku..kau nak kate aku perasan la tu kan? kau ingt aku kesah ape kau ckp? heeeee. kau jgnla asek makan ulam asap kau tue, bek kau makan kerepek cicah budu. budu perah air asam potong cili bawang besar campo tempoyak. kau ajar aku kan? smp sekarang aku tak lalu makan. hihi.

jaga diri kau kawan, aku mungkin sekarang agak menyepikan diri dari kau sebab aku banyak hal nak kena buat. aku kena fokus dengan apa yang aku sedang cari dalam hidup aku. kau faham kan? aku memang jarang kol kau sebab aku ase segan. kau yang selalu kol aku kan,thnx beb. aku doakan kau sentiasa bahagia dan diberkati-Nya.  Last aku nak kau happy sehappy mase kau kate kat aku "b,kau tengah korek hidung ye..kenapa suara kau mcm tahan berak?" haaaa,even takde kena mengena tapi kau gelak sampai telinga aku bengkak. :DD

tulus ikhlas dari dalam jantung terus ke hati keluar ke lubang hidung. wekkkkks!

 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak