Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: dia persis kamu.

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Wednesday, October 17, 2012

dia persis kamu.

mari sini, baca cerita aku. kamu, ya kamu..aku harap kamu ikuti tiap baris kata aku.ini cerita dia persis kamu. dia bikin aku ingat sama kamu, benci aku fikir tentang kamu.tentang kamu yang sering curi hati aku sampai retak jadinya, menyampah tahu?

cara kamu, cara dia tutur tiap bait kata sama seperti kamu. senyum kamu, manis macam madu tapi senyum itu aku lihat pada dia, senyum kamu dah lama pergi tinggalkan aku. betul kan begitu?senyum kamu untuk si dia yang baru, aku tahu. 

raut wajah kamu tenang, aku suka curi pandang tapi itu dulu sekarang aku pandang dia wajah kamu juga aku bayang. kamu sehat sekarang? fikir juga aku pada kamu. aneh betul.Apa yang kamu fikir sekarang? jangan tersasar, dia bukan penganti kamu. bagi aku, kamu hanya seorang.
jari kamu, petik gitar. aku nampak pada jari dia. satu persatu aku perhatikan, sungguh persis dia. cuma yang bezanya, dia nyata kamu khayalan aku saja. aku cipta bila perhatikan dia. kenapa perlu kamu yang persis dia?
ulam asap, sedut dalam dalam. masih ingat aku berang? kalau suara aku boleh hilang, boleh juga aku paling muka lihat dia.bukan sebab aku benci dia, aku cuma benci bila asap dengan dia kamu yang aku kenangkan. bodoh.

kamu dan dia beza realitinya. aku tak gantikan kamu dengan dia, dia pula bukan siapa siapa. aku cuma suka perhatikan dia, kerana bagi aku tiap kali lihat dia hati aku tenang. tenang bila masa kamu hidup aku sebelumnya. rumit, dulu mungkin sekarang hati aku ringkas.
ringkas, kamu dengan si dia.
selamat berbahagia.
ikhlas.




 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak