Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Ada Jurang Antara kita.

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Thursday, December 20, 2012

Ada Jurang Antara kita.

 
 
 
Walaupun hujan sering membasahi bumi, ia tak mampu membasahkan hati kau yang sedang kering. Ada jurang yang kian lompong dan membesar. Setiap detik aku fikirkan bagaimana caranya untukku timbus segala jurang yang ada antara kita. Daun-daun kian gugur menyembah lantai bumi. Wangian debunga yang sering aku dambakan dari kau kian menghilang. Hari-hari kau diam, menjauhkan lagi jarak antara kita. Dan aku masih menyiram air untuk menyuburkan tali persahabatan kita. Sayangnya, hati kau makin kering kontang. Kian layu bunga bunga persahabatan. Bersuaralah kawan, sekurang-kurangnya beritahu aku yang kau masih ingat segala kenangan walaupun sukar untuk kau lakukan.
 
atas katil sambil fikirkan.
 
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak