Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Siapa Dia?

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Sunday, January 20, 2013

Siapa Dia?


" Shira, kelas aku tingkat 3. Sir Irwan pulak tue yang ajar. Dah la kaki saiko." keluh Sha.
" Eh kau ni Sha, first day dah merengek macam budak kecil, Chill la. Kau kalau takde aku pon ramai fans fans kau yang boleh buat kau sengeh sepanjang masa kan? " Shira ketawa kecil.
" Apa kau ni Shira, aku mengadu pasal kelas, pasal Sir Irwan! bukan pasal budak budak perasan hensem yang suka kacau aku tu. " marah Sha kepada teman baiknya.
" Haha. okay lah Sha sayang. Take care, jumpa tengah hari nanti, aku belanja lunch tempat biasa. " senyum Shira kepada Sha dan beredar menuju ke kelasnya. Sha membalas senyuman hampa.
****
Hari ini merupakan hari pertama untuk semester akhir bagi Sha dan Shira. Masing masing mengambil jurusan Ijazah Komunikasi media di Universiti Islam Selangor.  Sha yang sentiasa kelihatan ceria dan mesra orangnya pada hari pertama tidaklah seperti selalu, hari pertamanya untuk semester baru tidak ceria kerana Shira teman sebiliknya tidak bersama. Oleh kerana Shira mengambil elektif yang berbeza jadi mereka tidak sekelas.
Sha terus melangkah longlai menuju ke blok Fakulti Bahasa Moden yang terletak bersebelahan Masjid Al- Azhar. Di perkarangan masjid terlihat kelibat beberapa orang siswa sedang memandangnya, Sha mula mengeluh. 
" Ah, budak budak ni nak kenakan aku lagi lah nie. First day dah spoil! " mencuka muka Sha kerana terpaksa melalui siswa siswa yang mengusiknya.
Mus yang merupakan kenalannya semasa di sekolah rendah mula bersuara.
" Hai Sha, makin hari makin cantik kawan aku nie, senyumlah Sha. Ni Naz ada. Ala ala Sha, sombongnya dengan aku pon nak sombong, kenal dah lama. " usik Mus menambah panas di hati Sha. Walaupun Sha mengendahkan kata kata Mus, Mus terus menerus mengusiknya.
" Sha, slow lah sikit jalan tue. Kita sekelas kan, pagi pagi dah mencuka tak elok tau. Kenapa dengan kau ni Sha, dah cantik cantik ni sombong kan?" Sha lantang menjawab. " Kau ni sibuk lah Mus! Aku tak kacau hidup kau tau tak?" " Asal kau ni Sha? Cakaplah sopan sikit, kan Naz ade ni. " jawab Mus perlahan. " Naz, Naz! Siapa dia? Jangan sibuklah." Sha melajukan langkah menaiki tangga ke tingkat 3 sambil di ekori Mus. Jauh di sudut pintu kelasnya Sha terlihat seorang lelaki sedang memandangnya sambil memberikannya senyuman pagi. " Siapa dia?" bisik hatinya.
****
" Shira! Shira! Itu, tu budak yang aku cerita dekat kau tu. Alamak dia perasan pulak. " Sha memandang siswa yang selalu senyum kepadanya sambil diperhatikan Shira.
" Yang tu? Nasril nama dia. Mus yang beritahu aku, student law. Dia memang selalu ada dekat blok kita ni, kelas dia kat sebelah ni. " jawab Shira lengkap.
" A'ah Sha. Tu lah Naz. Takkan kau tak kenal? Penatlah selama ni aku dok kenakan kau dengan dia. " Mus mencelah. " Hissssssss, kenapa kau ni suka menyibuk ha Mus? " Sha menjeling Mus. " Haha" Mus ketawa kecil dan membalas " Wahai cik Sha, Naz tu betul betul suka kau tahu tak? Dah la handsome, student law lagi, baik tu pasti lah" " Merepek lah kau ni Mus, dari kecil sampai besar kau tetap sama." Sha beredar  sambil menarik tangan Shira.

Sejak Sha tahu yang Naz dalam diam menyukai dia, Sha selalu tertanya tanya siapa sebenarnya Naz. Setiap kali dia dan Naz bertembung, Naz hanya tersenyum kepadanya. tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Naz.
 
****
Shira, kelas aku start lambat. Aku nampak Naz, dia nampak tergesa gesa. Aku nak follow dia kejap.kelas kau sebelah kelas aku kan, kalau Mus or Napie tanya pasal aku pandai pandai lah kau jawab,okay.
Sha menghantar sms kepada Shira. "kena pesan macam nie, si Mus tu dah la suka sibuk hal aku Si Napie pulak perasan yang aku ni awek dia.. romeo betul. " Sha mengeluh.

"mana Naz nak pergi nie , lajunya dia jalan. Aku ni bukan pakai seluar, pakai jubah..macam mana nak jalan laju laju. Nazzzzzzzzzzzzz! ehhh mana boleh jerit nama dia" bisik Sha perlahan. " Eh..hilang pulak dia ni. Biarlah. Sha berpatah balik menuju semula ke kelasnya dengan tanda tanya.

Setibanya di kelas.

"Aduh! mana semua orang? kenapa Tika dekat sini? Dia kan student business." Sha bertanya sendirian kemudian disapa Awe rakan sebilik Napie. " Hai Sha. Kenapa ni?" " Awe, mana budak budak kelas Sha? kelas Sha kat sini tadi" tanya Sha kepada Awe. " Oh! Kelas Sha cancel, tadi terjumpa Napie, Napie beritahu Awe sebab tu Awe dengan yang lain guna kelas ni. Sha dari mana tadi? tandas? " "A'ah tandas.errr..." Sha terpaksa berbohong. "Awe, tolong ambilkan beg Sha tue." " Thanks Awe." Sha beredar tetapi sempat berpesan kepada Awe. " Awe..Awe jangan beritahu Napie eh. " Awe menganguk tanda faham dan tersenyum. "orang cantik macam Sha ni siapa tak suka, patutlah hari hari Napie angaukan dia" bisik hati jejaka yang berasal dari perlis itu.
****
"Aku peliklah dengan kau ni Naz, penat aku try satukan kau dengan Sha tapi kau tak pernah try cakap dengan dia ke, nombor dia pon aku dah bagi tapi kau mesej dia pon tak inikan nak call?" bebel Mus kepada Naz. Naz yang sentiasa kelihatan tenang mula bersuara "Aku bukan tanak buat apa yang kau suruh Mus, aku nak kenal dia sendiri. Sha memang berbeza dari perempuan lain macam kau cakap. Dia cantik, peramah, bijak dan aku tahu dia bukan senang jatuh hati dekat lelaki kan? itu yang kau selalu cakap dekat aku. Sebab dia terlalu istimewa bagi aku, aku tanak minta pada manusia..aku nak minta pada Allah supaya hati dia terbuka hanya untuk aku. Aku tanak dia terima aku sebab terpaksa. Kau faham kan Mus?" terang Naz panjang lebar.
****
" Sha! Kenapa dengan Sha nie? Sha selalu tak balas mesej saya, call tak angkat. Dalam kelas senyap. Kenapa Sha? " Napie seolah olah dirasuk sesuatu. Sha memperlahankan suaranya kerana mahu menjaga hati lelaki yang selama ini menaruh hati kepadanya. " Sha okay lah. Awak yang fikir bukan bukan. Awak jangan lah marah marah macam nie." " Tapi kenapa awak berubah?" "Berubah apa? apa yang awak cakap ni Napie?" Sha berbalas pertanyaan, belum sempat Napie membuka mulut semula Mus yang dari tadi memerhatikan mereka berdua mencelah. " Napie, kau sedarlah sikit yang Sha ni tak suka kau. Kau yang over, perasan! " Mus menyatakan kebenaran yang membuatkan Napie hilang arah. " Kau jangan nak pandai pandai lah Mus! " Napie mula berang. " Sudahlah Mus! Napie! Yang kau ni Mus suka sangat kan sibuk hal aku! Napie, Sha bukan tak suka awak..tapi Sha lebih suka kita jadi kawan macam nie" terang Sha. " Aku bukan menyibuk hal kau Sha, aku ni kawan kau dari sekolah rendah lagi. Aku faham apa yang kau suka tak suka,kau dah mula jatuh hati dengan Naz kan? Mengaku jela. Aku nampak kau ikut dia hari tue. Kau pulak Napie, jangan bergaduh pulak dengan Sha nie. Ingat tu!" Mus beredar meninggalkan Sha dan Napie. 
"betul cakap kau Mus, Aku memang suka dia". kata kata itu muncul dalam hati Sha.

" Sha ! Sha ! Bangun! Dah subuh nie"
" Eh! aku mimpi rupanya. Astafirul'allah al'azim" Sha bingkas bangun dari katilnya menuju ke bilik air sambil diperhatikan teman sebiliknya Shira.
" Hai Sha keluar bilik air je terus hand phone berbunyi, tunang mesej la tue" Shira tersenyum melihat Sha.

" Salam subuh Sha sayang. Jumpa awak lepas kelas tengah hari nanti.
Saya harap Napie tak kacau awak lagi, risau hati saya nie"-Naz


 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak