Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: KISTOT : Silent Relationship

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Monday, March 31, 2014

KISTOT : Silent Relationship

"kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang selama ni kau simpan rasa sayang pada aku? sampai aku buta dan terus tinggalkan kau tanpa sebarang kata. kenapa zana kenapa?-Az

Zana ligat membaca sms kiriman lelaki yang satu satunya dicintai itu. "kenapa kau perlu persoalkan semua tu Az? aku bertahan cukup lama, tapi kenapa kau tak pernah sedar hakikat yang aku sayangkan kau sejak kita semesta satu?kenapa baru sekarang kau sedar? Mungkin kita memang bukan ditakdirkan bersama"-mesej dibalas.  Menitik airmata Zana apabila mengenangkan lelaki itu. Dia memang sayangkan lelaki itu sejak dia melanjutkan pelajaran diperingkat diploma. 
                                                              *******************
"kenapa aku tak pernah sedar semua tu Sapik?, kenapa aku abaikan dia? dia layan aku cukup baik, terlalu baik." tanya Az kepada Sapik yang merupakan kawan baiknya sejak dia sambung belajar. 
"Az, aku sendiri tak faham kenapa kau buat Zana macam tu..aku tahu dia sukakan kau lama dah..maaf, aku bukan nak tambah rasa kesal kau..tapi ni lah hakikatnya..kau lepaskan dia kawan" jawab Sapik dengan nada perlahan.
 Riak muka Az terus berubah setelah mendengar kata kata kawan baiknya itu, baginya tiada yang salah, semua yang diperkatakan Sapik memang benar, dia yang telah mengabaikan Zana walhal hubungannya dengan Zana cukup baik seperti pasangan kekasih cuma dia mahupun Zana tidak pernah meluahkan isi hati masing-masing. Tiba tiba ada air jernih mengalir daripada matanya, inilah kali pertama dia menitiskan air mata kerana seorang wanita. Kini baru dia tersedar bahawa Zana lah wanita yang di betul betul mahukan sebagai teman hidupnya.
                                                   ****************************
"Az, rindu lah" Zana cuba mengusik Az, namun jawapannya sungguh mengecewakan hatinya.
"Haha, aku ni mana ada perasaan." jawab Az slumber, itulah yang membuatkan Zana kecewa walaupun dia tidak berharap Az akan mengatakan rindu juga kepadanya. 
Namun itu bukanlah kali pertama dia menerima jawapan tawar daripada Az sudah banyak kali hinggakan dia merasakan Az tiada hati langsung kepadanya. Zana terus terusan mencuba mengambil hati Az namun lama kelamaan hatinya pula yang sakit.
                                               ***********************************
"Ya Allah, jika benar Az itu ditakdirkan buatku, dialah jodohku, dialah lelaki yang bakal menjadi imamku lelaki yang mampu membawaku kejalanMu, maka Kau dekatkanlah dia kepadaku. Kau satukanlah hati kami dalam cinta yang halal dunia dan akhirat. Jika tidak, Kau jauhkanlah hatiku ini daripada terus terusan menyayanginya. Hadirkan cinta yg halal bagiku sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang sia sia"

Zana tidak pernah lelah untuk berdoa agar dia dan Az bersatu, sampai saat dia merasakan waktunya telah tiba. Lepaskan lelaki itu, lelaki yang dia cintai. Akhirnya silent relationship kekal menjadi silent relationship. Dia tidak pernah kesal.
                                           ****************************************
" Zana aku sayangkan kau, maafkan aku selama ini aku tak pernah rasakan apa yang kau rasa terhadap aku. Kali ini aku betul betul mahu katakan yang aku sayang kau, kau Zana. Sebenarnya sebelum kita rapat lagi aku memang sukakan kau tapi aku takut. aku terlalu ego untuk mengaku. Terima kasih untuk semua hal yang membahagiakan aku. Moga Allah satukan kita."Az

                                           **************************************

p/s: tell your partner what in your heart, let them know or else nothing happen. Would you like to be happy with them? Ask your heart, ask to Allah. May everything will be good. So? (:
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak