Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Erti Tenang.

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Thursday, May 29, 2014

Erti Tenang.

Apa erti tenang pada kau?

" Awak, macam mana awak boleh jadi tenang? Jiwa yang tenang. Saya nak jadi macam awak, tenang je saya tengok."

Soalan lagi susah daripada exam discrete math aku tau tak? fikir sepuluh minit baru berani taip.

Aku tenang ke? Payah payah. Apa yang tenangnya? Kelam kabut aku jauh sangat dari rasa tenang. Apa yang dia fikir aku nie orangnya tenang? Silap besar!

Bagi aku jiwa aku tenang bila tiap kali sujud, ingat Yang Maha Esa dan bila tengok mak abah aku. 
Aku paling gelabah bila tengok handphone, takde satu pon mesej dari dia (orang asing yang aku sayang) sampai aku tengok benda yang sama lebih dari 30 kali dalam sejam. Aku fikir fikir macam peluru tak putus putus tembak orang, mana dia nie? buat ape? sihat ke tak? dan lain lain tapi Alhamdullilah, aku masih ingat dan yakin kita semua boleh tenang bila ingat pada Yang Esa. Istifarlah bukan susah. Nak lagi tenang? Takkan dok kalut fikir pasal dia. Al Inshirah 7kali. Alfatihah sekali dan doakan apa pon kau nak pasal dia.

Aku ni bukan jenis orang tenang kawan, aku memang suka memberontak dengan hati sendiri, jujurnya bila hal terlibat pasal dia (orang asing yang aku sayang), aku selalu cakap " sudahlah tak payah berharap sangat dekat die tue, lupakan lupakan." Tak sampai seminit, mesej masuk. *boleh hentak kepala*

So kenapa boleh cakap aku tenang? aku tengok kau jauh lagi tenang daripada aku. Mungkin kita tak sedar atau tak faham apa maknanya tenang tu sendiri. 

Aku ni bukannya daei, ilmu agama memang sejengkal aja kawan. Macam kau selalu cakap, kau nak sama sama berubah..walaupun aku pon tengah berusaha jangan risau aku boleh pegang tangan kau biar kita sama sama capai apa itu Redho Allah, Insha Allah.

"Awak selalu lah berzikir,Insha Allah."


 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak