Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Kistot : Surat

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Sunday, January 11, 2015

Kistot : Surat




6/6/2012
23:38

FMK, yang mungkin tak pernah ingat atau tahu aku sentiasa mengingati dirinya. FMK, kau ingat lagi masa dan cara kita berkenalan? seingat aku dan jika tak silap kau yang add fb aku, jumpa aku dekat pizza hut BB. Aku kenal kau pon sebab WM. Aku ingat lagi gambar kelas dan cara kau pandang dia, aku ingat masa kau duduk sebelah aku dalam keta. Aku sangat hargai kepayahan kau datang KL semata mata sebab WM. Aku minta maaf sebab aku takdapat pujuk dia untuk suka kau. Aku tak tahu kau sayang lagi dia tak,cuma aku harap kau doakan dia bahagia macam aku selalu doakan dia sentiasa bahagia dan berubah kearah lebih baik. Dan aku minta maaf sebab aku rapat dengan kau dan buat kita dua lalui benda "fake" tu 2kali. Mulanya aku sayang kau macam kawan dan sekarang kau tahu aku sayang kau lebih dari tu. Ye, aku mahu kau bahagia.Walaupun dua kali kau cakap kau sayang aku, aku tetap nafikan. Aku nak sangat kau share dengan aku masalah kau macam aku selalu buat dan bebankan kau tapi kau diam, hanyut dalam dunia kau sendiri.Sekarang aku jadi takut nak tegur kau, text kau nak IM kau semua aku takut, aku takut kau salah faham. Aku anggap kau macam kawan, sama macam dulu. Dulu kita rapat, mungkin sekarang tak, tapi tetap kawan kan? Aku sebenarnya rasa bodoh jugak tulis surat bagai dengan tulisan aku buruk macam tengah jawab exam ni, tp tak kesah pulak aku, aku punya suka hehe. Mesti kau tengah gelakkan aku kan kan? apa yang complicated sangat pasal kau dekat diri aku pon tak tahu lah kan. lupakan jela. Yang penting kau banyak tolong aku. Aku memang susah nak faham kau sekarang, rasa macam kau dah lain pon ada jugak. Aku nak kau tabah, jaga ma kau, family kau. Jaga diri kau tue, utk sem terakhir dip kau buat yang terbaik dan doakan aku dapat sambung degree. Benda ni paling penting dah lama nak tego tapi kali ni baru aku kuat, kalau takde hal penting sgt dahulukan solat sebab aku perasan kau selalu lewat solat. Jangan tertinggal waktu awal solat, sebab waktu tu terbaik buat kita. Maaf kalau buat kau terasa dan rasa aku bajet bagus tp tu la yang aku nak kata. Okay muncit, akaun fb dan twitter aku still exist, number pon masih sama, if ade problems, text me okay?^_^

Hanyut aku bergenang air mataku, surat yang sepatutnya diterima dua tahun lepas baru tiba. Terima kasih kerana memberi kebahagian-FMK
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak