Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Terakhir dan berakhir

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Tuesday, December 01, 2015

Terakhir dan berakhir

surat terakhir

aku cuba mencari titip titip dirimu di sela sela helaian surat surat yang kau kirimkan tempohari. tidak ada.
aku cuba mencari bibit bibit tentang rindumu di sela huruf huruf yang tersusun atur dalam surat surat terakhirmu. tidak ada.
aku cuba mencari hiris hiris hatimu di sela baris baris yang terlantar kering di dalam  surat surat perpisahanmu ini. tidak ada.
baru aku sedar, betapa kau benar benar telah pergi dan kita benar benar telah berpisah.
sakitnya?
tidak.
aku tak pernah lagi mahu kau dalam hidup aku, tak pernah lagi rindukan kau separuh mati. baik kau benar benar pergi, jangan sesekali singgah dalam mimpi.
bahagia aku kini meniti pelangi, aku mahu dia setia disisi
yang selalu ada saat aku suka duka, yang selalu buat senyum aku mekar sentiasa
yang selalu aku rindu walaupun seminit berlalu
yang bagi aku terlalu baik untuk aku sendiri
moga apa yang aku impi jadi realiti.

aku mahu kau bahagia juga, jangan musnahkan impian aku.
jadi tolong pergi.

kepada aizudin shamri, saya sayang awak.
juwita- ini december kita.
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak