Dashboard | +Follow

belogretakciknerty: Kistot : Pada waktu waktu yang terhapus

With the name of Allah

The most Gracious, The most Merciful.

|

You are an island, I just a little boat.

Saturday, January 30, 2016

Kistot : Pada waktu waktu yang terhapus

5:00 pagi, khamis

"eh, kenapa rumah dorang ni masih terang, tak tidur lagi atau dah bangun? mustahil lah. kalau dah kaki games mana lah tidur awal, bangun awal" langkah di susun rapi menjalani jalan jalan perumahan teres yang agak tersorok dan sepi dek hening pagi. Sha melangkah cermat tanpa rasa gusar mahupun cuak sama sekali. Mungkin dia gadis yang lasak, seakan tidak endah dengan bahaya yang akan ditempuh. Handycam di tangannya masih terpasang, matanya ligat memerhati rumah teres tiga tingkat yang dihuni sekumpulan lelaki yang memang dikenalinya. Kereta swift kuning miliknya masih dibiarkan tidak mati engin sebagai langkah melarikan diri sekiranya dia terperangkap.

Embun pagi mula menusuk tubuh genitnya membuatkan Sha sedikit mengigil. Langkahnya mati apabila dia terlihat kelibat seseorang sedang memerhatikannya. "Ishhhh! siapa pulak tue! time time macam ni pun nak jenguk luar rumah. Baik aku cepat beredar." Sha melajukan langkahnya hendak berlari anak tetapi langkahnya akhirnya terhenti.

"Hoi! Jangan lari! Kau pandang sini. Kau nak apa haaa..aku perhati saja kau dari tadi" sergah seorang lelaki. Sha sedikit nervous namun dia berlagak slumber. "Kau ni garang lah fiq! Cuba lah tegur tu sopan sikit". jawab Sha dengan nada rendah lalu memusingkan badannya menghadap Fiq.

"Sha! Kau rupanya. Apa kau buat dekat sini haaa? Kau tak takut ke? Kalau Izz tau habislah kau kena bebel tak sudah!" "Eh, relax lah. Kau jangan lah bagitahu dia. Aku saja je pusing sini" balas Sha tanpa rasa bersalah. " Saja pusing kau kata?Pukul 5 pagi ni?" tegas Fiq. "Kau jangan macam macam eh, baik kau balik sekarang atau aku masuk bagitau Izz. Dah la pakai sweater hitam tudung hitam dah macam apa aku tengok". " Yelah, aku nak balik la nie, stop nagging me lah." Sha melangkah lemah. " Eh kejap Sha! May i ask you something? you looked weird." tanya Fiq kepada Sha. "Apa dia?"

"kalau aku tanya ni, kau jangan fikir lain pulak. Kau ada masalah dengan Izz ke? dah dua tiga minggu jugak aku tengok dia tak keluar jumpa kau kan? "tanya Fiq memandang tepat ke anak mata Sha. Sha menjawab acuh tak acuh sambil mematikan engin keretanya lalu memandang Fiq. "Apa kau fikir sebenarnya? Izz dengan aku okay jela cuma jarang jumpa. Aku pon tak tahu kenapa..Izz tak ajak jumpa, aku okay jela." "Betul ke kau okay?" tanya Fiq perlahan. "Kau nampak aku tak okay ke?" "Kalau kau okay takdelah kau buat kerja gila nie, datang sini pagi pagi buta macam nie dengan handycam kau nie lagi. Come on lah Sha, tell me what's actually you think".

"Takda apa lah, kau tau kan aku dengan handycam aku nie memang tak boleh pisah. Aku ajak Izz malam tadi teman aku. Macam biasa lah kau pun tahu aku suka duduk tepi highway sambil record video kereta lalu lalang, tapi Izz tak nak. Dia suruh aku duduk rumah, jangan layankan sangat perasaan aku nie. Tapi...." Sha terhenti seketika tersedar air matanya hampir jatuh."Kau mesti faham..perasaan kan....rindu". air matanya di kesat. "Aku balik dulu lah Fiq, tolong jangan bagitahu Izz". "Sha.." Fiq menarik tangan Sha dan ingin mendakap tubuh kecil gadis itu tetapi ditolak lembut Sha. Sha mengeleng kepalanya. "Sorry Sha sorry aku takde niat pon..." "Takpelah fiq..aku faham kau tak sengaja.." "Sha! Fiq!" ada suara mencelah perbualan mereka berdua.

"Sayang..buat apa pagi pagi macam ni kat sini? Mesti you degil kan, you pergi jugak tepi highway tu? Kan i dah cakap duduk rumah, sayang kenapa degil sangat ni?" Izz meninggikan suaranya namun dia tetap mendakap tubuh kecil gadis yang disayanginya itu dengan erat.  Fiq memandang mereka berdua sambil tersenyum kecil lalu meminta diri untuk beredar. "Aku masuk dulu, pujuklah Sha balik atau kau bawaklah dia pergi mana-mana. Tak manis duduk luar nie, kejap lagi Subuh..orang dekat sini mesti keluar pergi masjid. Aku sorry bro, kalau kau salah anggap pasal tadi" ujar Fiq panjang. Izz hanya mengangguk dan tersenyum.

"kenapa diam?" Izz memandang Sha yang dari tadi hanya mendiamkan diri. "Jom kita pergi kedai mamak depan sana" Izz menarik tangan buah hatinya yang juga merupakan tunangnya itu masuk kedalam kereta, Sha hanya menurut. "You..I taknak pergi  kedai mamak please."ujar Sha kepada Izz. "Then? Nak pergi mana? Highway tepi tue?". Sha menganguk.

"Sayang kenapa sebenarnya? kenapa boleh ada depan rumah kitorang?""Takde apalah.."" Takde apa? bila tanya je jawab takde apa..apa yang takdenya kalau sampai pagi pagi macam ni merayau sampai ke rumah i?" Izz sedikit tertekan dengan tindakan Sha, baginya itu sesuatu diluar jangkaannya. "Okay sorry b, i pun tak tahu kenapa boleh sampai situ" jawab Sha ringkas. "Meh sini.."Sha menoleh kearah Izz dengan wajahnya yang sayu. "Sayang jangan buat macam ni lagi okay? I tau kita dah lama tak jumpa tapi bukan bermakna i tak ingat you sayang. I tau you rindu, tp you faham kan kerja kita dua macam mana, faham kan?" Sha angguk. "Okay sekarang I cuma nak you jaga diri you baik baik,janganlah suka sangat datang highway nie, i tau lah sini tempat kita berkenalan. Time tu moto you tak boleh start kan?"haha, gelak Izz."Lagi satu, kalau boleh jangan lah rapat sangat dengan Fiq..dia memang kawan baik I tapi you tu tunang I sayang..sometimes i feels jealous too.." Sha ketawa kecil. Dia tahu betapa tak sukanya Izz bila dia bertanyakan hal hal mengenai Fiq apatah lagi jika mereka keluar bertiga.

"Jom sayang, nak masuk subuh nie. Kita singgah masjid sana tue then kita balik ya. Jangan lah nangis lagi tadi dah ketawa kan..". 

Ps: macam tak kena je ending dia skali dengan tajuk T_T
 

Designed by Cik Nerty Si Jari Conteng | 2013 BelogRetakCikNertyLensaRetak