*BLOG UNDER CONSTRUCTION*

Saturday, October 20, 2018

Melbourne Trip September 2018

Hallluuuuuu!
Dah lama tak update belog  ๐Ÿ˜‡
Setelah hampir sebulan berlalu, baru nak update itinerary  kahkah. Blog pun entah bila nak siap repair ๐Ÿ˜‚
for those who asked, jemput baca. Mungkin ingat-ingat lupa.
Ps : Panjang dan membosankan.

First of all, i pergi Melbourne ni dengan mak, adik dan my cousin. Berempat lebih baik gittuuuuu kah! Kitrg semua first timer pergi sini. Kenapa Melbourne? Sebab mak i yang beria nak jenguk anak dia kat sana..so sebagai daughter yang baik dan masih single ayuh lah turutkan saja hahaha. Trip ni 9 hari saja, fullday 7 hari kat sana. Beli tiket bulan 3, tak mahal tak murah campur tolak tambah bahagi darab tiket flight AirasiaX dlm 1k+  sorang termasuk bag, insuran dan makan. Nak kata tiket murah, hareeyyyy. ๐Ÿ˜

Sebelum korang nak pg Aussie ni kena buat Visa kan, tp sb sekarang susah nk lepas Visa dlm erti kata lain susah nak masuk Aussie so i sarankan korang buat Visa DULU BARU BELI TIKET FLIGHT! Nak rugi puluh ringgit ke ratus ringgit? Terpulang haha. Nak buat Visa murah? P tanya Cik Farida ni ya. Dijamin cepat dan murah. 

i nak nasihat jugak pd siapa2 yg pergi sorang atau girl only tolong tolong dan tolong jangan percaya siapa2 even orang tu orang Malaysian kita, bukan apa zaman sekarang ni macam2 boleh jd. Yang pergi all boys pun kau jangan ingat takda sape boleh kenakan kau gittu. Kita tak tahu niat orang tu kan jadi elakkan la bercakap dgn org yang kita tak kenal. Biarlah orang kata kita sombong pun.

Dlm flight, boleh siap2 isi form yang diberi dan jgn tipu satu pun sebab berkemungkinan besar korang akan disoal siasat masa nak lepas imigresen tu, well depa kerek tau. haha. So good luck. - boleh la google apa patut dan tak patut bila nak masuk Australia ni ya.

Memandangkan Abang i memang duduk sana, kerja kat sana (bkn petik buah ๐Ÿ˜‚) jadinya trip ni jadi trip main redah saja ๐Ÿ˜†

Okay, start..

20 Sept 2018 : Arrived, 8 pm waktu tempatan. 
Dari Airport ke bandar Melbourne dlm sejam perjalanan, cari makan. Dekat bandar  kita senang nak cari Asian market dan restoran halal pun banyak. Malam pertama, tiada penginapan, haha gurau. First night tidur rumah kawan my brother sb rugi kalau check in hotel plus esknya kitorg nak bergerak ke tempat yang agak jauh awal pagi. *first night dah jimat* haha

21 Sept 2018 / Day 1 : Heading to Bright, Victoria.
Tempat ni jauh, makan masa dalam 5 jam perjalanan dari bandar. Korang tau sebab apa jauh? Ikot maps 3 jam lebih je, jd jauh sebab tak boleh drive laju - max speed kat highway 100km/h sajo yoooo! Berdekah i bila tahu, and i wonder mcm mna la abg i yg dkt sni bawak keta laju naaamaaattti. Even sakit jugak la pingang i time tu tp view sepanjang perjalanan, Subhanallah cantik sangat!

Buat apa ja dekat sini? Dekat sini lah tempat nak main salji. Ya Australia ada salji ya, jangan la tanya sis ade salji tak kat aussie. hmm. ehh. hmmm. Bright ni macam kampung la tempatnya, ada banyak tempat yang boleh main salji. Paling famous amos Mt.Buller , Mt.Buffalo tp kitrg pergi Mt.Hotham - paling jauh dan paling luas tempat nak main ski guling guling dan yang paling penting cuci mata. hehe.

Oh btw, bln 9 dah masuk Spring dkt Aussie tapi snow masih lagi turun. Kiranya macam end of winter, early spring lah. So seronok lah dapat rasa dua musim sekali. ๐Ÿ˜Š

Sampai Bright, Vic check in homestay dekat Carawatha Garden. I recommend tempat ni sbb bersih, cantik dan korang boleh masak, boleh buat BBQ.Range harga $300+ utk dua malam.

Sementara tunggu masa check in, ktrg pergi pancing salmon dekat Trout and Salmon Farm, Harrietville. Tempat ni boleh tahan besar dan senang nak jumpa. Nak memancing free, tapi bila dah dapat ikan tu sila lah bayar ya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Siapa yang kaki pancing tu, seriously tempat ni sangat berbaloi utk pergi. Tiada entrance fee, bawak diri dan pancing disediakan cuma sediakan duit jela ya hihi.


 dalam masa sejam dua ekor salmon ya, tahniah bro! haha. Bila kena cara pancing yang betul, tuan farm akan ajar step by step macam mna so easy. Ceh! Total cost utk dua ekor salmon dlm 200 duit malaysia. Malam buat bbq! Siapa pancing dia lah bayar ๐Ÿ˜€


22 Sept 2018 / Day 2 : Hotham! Aku datang.
Sebelum naik Mt. Hotham ni, siap2 survey alatan utk main ski/toboggan. Biasanya kedai sewa alatan kat bawah (area Bright) lebih murah berbanding bila dah sampai atas. Korg boleh sewa boots/seluar kalis air/winter coat. Kadar sewa alatan ski $50-$80 Masa perjalanan 40 min. Entrance fee? Ada entry permits, yang boleh purchase online, utk satu kereta yang plan untuk singgah main ski. Kalau korang jalan ja, tak park..tak perlu la beli permits.

Big D Hotham.

Tempat yang tak berapa luas sesuai utk beginner ke pro main ski- Big D Hotham. Dkt Mt Hotham bukan satu tempat ja korang boleh tengok tempat lain yg sesuai dgn korg, siapa yang teringin nak terai main ski..boleh cari tempat yang lebih landai ๐Ÿ˜. Dekat Big D ni ade fee yg dikenakan bila korg nak naik cable car tue, utk naik shj $20 all days pass nak naik sampai muntah pun boleh tp korg takboleh bawak brg2 ski bersama korg termasuk kasutnya. Fees utk naik main ski bersama alatan ski $60 hmmm haaaa nangisssss, mmg bukan trip bajet lah ya ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ


dari atas view cantik sangat, takdalah sejuk gila sampai rasa beku.. sebenarnya matahari dia terik sampai kulit burn and off course kering haha. Wear your sunblock my dear.

Lepas dah puas dekat sini, ktrg singgah open park untuk main toboggan Haha. Selalunya budak budak je main benda ni tapi i kan still remaja so kita try lah bersama kanak - kanak yang lain ๐Ÿ˜‚ 


 gambar main Toboggan takda, snow man ada haha



23 Sept 2018 / Day 3 : Check out and Back to city!
Lepas breakfast, ktrg terus gerak balik city. Sepanjang perjalanan tu akan tempuh tempat2 yg best, dan view memang cantik. Ktrg singgah dua tempat saja first Nillahcootie Dam dan Yarra Valley Chocolaterie& ice Creamery.

dah boleh teka sapa anak angkat? hahahaahaha
(gambar sblom bertolak balik, Carawatha Garden ni bunga bunga dia buat hati i berbunga gittuuu)

Nillahcootie Dam - tempat ni macam park 
and boleh naik boat pergi mancing.


Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery ni tempatnya luas coklatnya sedap tak rugi singgah. Cuma keadaan suhu yg rendah, tak terasa pulak nak makan ice cream haha.


banyak pilihan coklat handmade dekat sini dari yang murah ke mahal, duit anda pilihan anda. i nasihatkan takperlu convert duit ringgit dan pilihlah dengan pejam mata. lepas bayar jangan mengeluh ya ๐Ÿ˜‚ i beli 3 coklat ja total kerugian $20  kau ase? haha.

Dekat Yarra Valley ni banyak lagi tempat yang best, banyak farm kalau nak singgah ladang anggur pun boleh cuma bukan musim lah. Kalau nak singgah jugak, hang nk beli wine belilah nakkkkk. kah!

Sampai Melbourne kitrg menginap di Yarra Condo, betul2 tengah bandar. Dari sini ke Airport dalam 40 min. Lepas check in , keluar pergi Brighton Bathing Boxes dan tengok penguin (secara free) kt Little Blue/St. Kilda Pier Kiosk. Sape2 pun yg pg Melbourne mesti nak bergambo jugak dkt tandas warna warni ni haaaa. haha, kat sini pun boleh cuci mata, org Malaysia pun ramai hikks!


pic ni ade guy malay yg tolong offer ambilkan gambar,
 dia yg over sampai baring atas pasir - hasil gambar? 
haishhh, ini je yg ok. Thanks btw. ๐Ÿ˜‚


ini port penguins pulang ke sarang, waktu ni baru pukol 5 tapi dah gelap dan dah terasa sejuk sampai ke tulang. disebabkan tak boleh nak ambil gambar guna flash, fon pun tak canggih so takda lah gambo penguinya haha. Tunggu punya tunggu ada lah dua tiga ekor yang balik rumah awal, lepastu kitrg pun balik la- sejuk punya hal. haha. Oh yeee, sini tengok penguins Freeeeeeee.

*Penginapan 5 hari 4 malam Yarra Condo dlm $800+ satu bilik, ada sofa bed fully furnished dan boleh masak lengkap semuanya, tengah-tengah bandar dgn view cantik. Booking guna booking.com -fully sponsored by brother hekhek*

24 Sept 2018 / Day 4 : To Great Ocean Road Day trip!

Tempat paling excited i nak teroka haha. Dari bandar ke great ocean mengambil masa dlm 2 jam setengah so kat sini sepanjang panjang perjalanan nanti akan nampak laut jela. Bezanya kita akan lalu jalan berliku berhutan tapi sebenarnya bawah tu laut haaa gittuuuwwww.  I so excited tau sb kat sni byk wild life tepi2 jalan pun boleh jumpa. Al maklum la kat malaysia ni byk babi je kahkah!



first checkpoint - Aireys Inlet & Split Point Lighthouse
Pagi pagi view memang cantik, walaupun pagi terik matahari ya. Great ocean trip ni elok keluar pagi2 sebelum orang ramai plus banyak tempat yang korang boleh pergi.


2nd tempat yang ktrg singgah - Apollo Bay Beach dekat sini time summer memang jadi tumpuan orang ramai untuk buat aktiviti surfing, mandi dan bersidai lah time2 spring ni memang takda orang, nak celup tangan dalam air laut tu pun takkuasa ๐Ÿ˜œ

Dekat Apollo Bay ni satu2nya tempat yang korang boleh cari makan, kira macam pekan Great Ocean lah- ada restauran dan mart utk beli barang keperluan, ada juga kedai souvenir. Ada ke restaurant Halal? Ya ade dua kedai makan yang Halal dekat sini, ade sijil ditampal tp  satu restaurant tu tetap serve bacon dan satu lagi tgah renovation kononnya nak brunch dekat sini tp apakan daya tiada rezeki kami jadinya makan jela roti.

Next Twelve Apostles, tempat yang i nak tengok sangat2 walaupun batu tu dah takde 12 hahaha. Nak ke sini makan masa lagi dalam 30 ke 40 minit- korang jangan tidur sepanjang jalan rugi sebab nanti terlepas view cantik2!

Sebab i tak tidur lah i jumpa bae dekat Horden Vale nie ๐Ÿ’˜

Wild Koala jumpa tepi jalan je beb! yang sekoq ni ja turun bawah skit dr atas pokok, ada lagi tiga ekor- mungkin die turun bawah skit sebab nampak sayang dia datang jauh dari malaysia hahaha. Posing baikkkk!


Twelve Apostles - boleh jugak naik helicopter untuk pusing satu national park.

Twelve Apostles dah termasuk dalam national park Australia, lepas dah puas tengok terus pergi Loch Ard Gorge, masuk dalam sikit akan jumpa Port Campbell National Park. Nama pun national park so sila lah menjaga tingkah laku anda, wild life pun banyak agak2 jumpa ular tu biarkan jela.


Ambillah gambar sepuasnya, tp maaf drone tidak dibenarkan ya. 
bila dah sampai sini, bersyukurlah pada Tuhan - tiberrrrrr.

Ni je tempat yang dapat cover, tempat lain yang boleh pergi mcm London Bridge - decide tak pergi sebab dah petang perjalanan balik jauh dan off course tak makan lagi haha. Semua tempat di Great Ocean takda bayaran masuk.

Sampai city of Melbourne, cari makan dan tengok suasana malam Federation Square.

25 Sept 2018 / Day 5 : Shoppingggggggg time!
Tempat shopping yang wajib pergi adalah DFO South Wharf - direct factory outlet! Sebelah dgn Melbourne Convention Centre. Kat sini carilah apa yang patut mcm kasut baju handbag, jam fossil semua ada! Wajib beli kasut ๐Ÿ˜

your opinion doesn't pay my bills ya haha!

Selain DFO, mall yang korang boleh singgah Chadstone The Fashion Capital- mall ni macam pavillion kl, kedai mahal2 tapi lebih kuranglah macam Malaysia kat sini ade Sephora H&M, Uniqlo haaa mcm kedai2 kat mall Malaysia juga lah.

Kalau korang nak cari perfume pulak, tempat yang jual authentic perfume dan murah adalah My Chemist atau Chemist sama jelah tu- dia mcm drugstore korang boleh jumpa perfume dengan harga berbaloi. I beli perfume dpt half price okayyyyy, so i beli jelah tiga utk diri sendiri haaha. Plus Chemist ni bukan ade kt mall besar2 je, kedai tepi jalan pun ada, dia mcm Watson nama pun drugstore. So kalau rasa td pergi mall tu jumpa chemist thn beli perfume tak cukup atau ade pulak mengada nak tambah order takperlu la patah balik Mall yang sama , korang boleh google je Chemist yang terdekat dgn korang.


25 Sept 2018 / Day 6 : Phillip Island



first stop Nobbies Centre, kat Philip Island ni banyak tempat yang boleh pergi Nobbies Centre salah satunya, entrance fees? Free. Memang cantik sgt tempat nie, kena ambil gambar banyak2 kalau tahan sejuk ๐Ÿ˜… Selain Nobbies Centre kat sini ada Philip Island Nature Park, Koala Conservation Centre, Peguin Parade etc. Banyak tapi ktrg singgah sini dan Panny's Chocolate Factory je haha. Singgah beli coklat lagi ๐Ÿ˜‚ Kilang coklat yang paling famous dekat Philip Island ni, tp bagi i antara coklat panny dengan yarra, i choose yarra.  Panny harganya lebih mahal tp Yarra lebih sedap. 


utk masuk cafe dan beli coklat free, utk masuk kilang kena bayar 
i tak ingat berapa so sila tanya pakcik google ya.


sebelum pergi panny chocolate factory tu saja singgah museum 
ni saja nak tengok kapal terbang dalam tu ada cafe.

Dah sampai Philip Island sebenarnya nak tengok Koala, tp sebab Koala Conversation Centre tu nak masuknya mahal . Cari option  yang lebih murah, macam tengok je tepi jalan haha gurau. Ktrg nak tengok kangaroo walaupun sebenarnya sepanjang ktrg kat sni nampak je Kangaroo tepi jalan yang jadi arwah pun ade hahahaha. 

So google punya google jumpalah tempat ni mcm petting zoo.

Maru Koala & Animal Park- Entrance fee $20.
Puas hati! Makanan Kangaroo $2.




Manja gila kangaroo ni weiii, mula mula takut nak dekat nak pegang 
nak bagi makan tapi last2 rasa nak bawak balik. 
Yang awalnya nak tengok Koala, tp dilupakan hahaha.

Nama depan ja Koala, tapi i fokuskan dkt Kangaroo ๐Ÿ˜‚ haiwan dekat sini semuanya asal dr wild life thn dijadikan pet animal. Koala kat sini pulak, daripada dua ekor dah beranak pinak sekarang dah ada atuk dan cucu. Tempatnya bersih, wlpn tak berapa besar tapi puas hati - toilet pun bersih dan ada prayer room.

Then heading back to city, continue shopping ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


tempat ni area federation square, kereta tak dibenarkan berhenti 
dan park so kena cari parking jauh sikit dan jalan kaki . Selangkah i berjalan, tiga langkah orang2 melbourne ni jalan lols!

Mall wajib singgah "Myer". Memang tengah sale cuti sekolah jadinya dapat lah grab satu set lipstiks 24 pcs hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


27 Sept 2018 / Day 7 : Queen Victoria Market dan sesi menghabiskan $.

Siapa je taktahu tempat ni kan, pasar wajib pegi kalau ke sini. Boleh cari souvenir makan pakai ๐Ÿ˜
Last day, jadi time ni la nak cari semuanya dari awal pagi sampai tengah hari.


hasil bumi aussie, harga mesti lah murah sikit dari kat sini. haha

donut wajib try, beratur panjang gilo sis! padahal donut ni donut biasa je. haha
American Doughnut!

Back to DFO! Haha last i cari barang yang tak dapat lagi- kasut ๐Ÿ˜‚


time ni tengah pk nak habiskan je $ atau tinggalkan skit, kata nak beli kasut tapi terbeli skali bag. Typical seorang wanita - wanita sangat kah!

Hunkry Dory ~~~


late lunch - satu2nya tempat makan yang i update kan? haha. sabar sat na.
kalau nak makan fish and chip and seafood 100% , boleh try Hunky Dory ni. Merasa lah jugak makan seafood.

* update tempat makan halal dan best, tak banyak pun tempat makan yang best ktrg try, even abang pun selalu masak sendiri je. Dinner sepanjang di Bright, masak sendiri breakfast pun. Boleh cari groceries dekat Woolworths dan Asian market pun banyak nak dapat belacan pun senang. Restaurant halal yang senang nak jumpa dekat bandar -Ayam Penyet Ria hmmm ayam penyet memang tak dapat dipisahkan. 2nd Killiney Kopitiam dkt Bourke Street - makanan malaysia plus singapore, potion besar so sape yang tak makan banyak boleh share je. 3rd Block M Express- kedai makan femes dkt sini, makanan indo tp tak berapa kena dengan tekak i. heee. (mahal pulak). 4th Teh Tarik Corner - Malaysian memang selalu makan dekat sini mungkin sebab ada nasi ayam. 5th House of Kebab - nak rasa Halal snack pack? try kedai ni, sedap. Average harga per meals $10.


last singgah jugak la dekat Hosier Lane ni, ptg2 ramai orang
 itu je i boleh cakap, datang la sendiri ๐Ÿ˜‚


28 Sept 2018 : Goodbye Melbourne!


back to real life, hmmm nak pergi lagi please!

ps : i suggestkan korang simpan skit duit aud tu, masa dh lepas imigresen masuk dalam airport tgu boarding banyak kedai yang boleh cuci mata dan terbeli haha. Even harganya memang mahal berbanding dkt luar, tapi kalau dah berlebih duit tu apa salahnya. kan? haha. Thn, kita boleh claim tax - $300 keatas dlm single resit so p lah borong Fossil ! hehe.

Total cost utk shopping shj ( i sorang) RM2K plus minus
Total cost penginapan + perjalanan (semua) RM6K plus minus (fully sponsored by abang)
Total makan sorang dlm $150++

- ktrg tak sewa kereta , my bro ada keta sendiri.
- tak plan tempat mana nak pergi dulu, main redah je. 
- tempat tak cover yg sebenarnya i nak pergi tp abg i ckp takpayah sobbb ; Treaselar Tulip Festival sebabnya yang diberi - bunga tak banyak lg bayar tiket $60 haha. 2nd, Puffying Billy Railway - berangan nak naik keta api asap tak pergi sebab yang diberi - dah tak boleh juntai kaki , ade kemalangan terjadi. Jadinya i pun redha. Yang penting shopping ehhh!

Tips : Dah membeli jangan dikesali ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

sekian.
next #misiTabungK

No comments: