Yang aku nantikan telah tiba juga akhirnya, penyudah yang aku rasa begitulah jadinya. Sampai bila aku sendiri yang pendam. Semua aku telah luahkan, bukan niat aku untuk mengusik masa silam, cuma mahukan kepastian. Mungkin memang aku insan yang tiada apa pada segalanya buat dia. Moga moga nanti aku mudah melupakan. Cinta yang selama ini aku pegang, mungkin akan kecundang. Tiada apa yang boleh aku perjuangkan jika selepas yang pertama tiada indahnya. Boleh jadi aku indahnya tapi masih belum tertawan.
Satu persatu sudah aku sampaikan, kata maaf yang berulang aku ucapkan mungkin tidak akan disimpan. Mungkin benar kata teman, aku terlalu mengagungkan sampai terlupa siapa yang patut diperjuang. Doa doa aku mungkin akan hilang tapi tidak secepat yang kau fikirkan. Aku tidak mahu mengulang membakar kembali amarak api yg sedang menjulang, cukup untuk aku katakan, tidak yang indah selepas ini. Mungkin juga hati sendiri akan mati.
Pernahkah kau terfikirkan, melepaskan cinta itu lebih baik daripada terus bertahan mengharapkan yang bukan milik kita? Memang ini bukan masanya untuk bertahan, jadi aku lepaskan. Walaupun hati aku tetap meronta mahu berjuang. Tutuplah, masa kita makin singkat. Tiada yang indah selepas yang pertama. Ingatlah, jika bukan ini penyudahnya pasti yang terbaik buat kita. Tiada dendam.
Jika ini penyudah, jangan fikir rasa ini mudah.