*BLOG UNDER CONSTRUCTION*
Monday, July 06, 2020
Rezeki
Cakap pasal rezeki ni semua orang akan klise cakap hal yang sama. Rezeki itu sudah diaturkan Tuhan, kita kena yakin dan berusaha. Klise. Tiap makhluk yang hidup pada muka bumi Allah ni memang telah dijanjikan pelbagai nikmat dan kesenangan rezeki yang tiada tolok gantinya cuma pada kita hamba yang hina, bersyukur atau sebaliknya? Kita sering tengok hidup orang lain lebih indah dari kita tanpa sengaja mempertikaikan nikmat yang kita sendiri punya. “Grass always greener on the other land”. Itulah. Tengok ada orang senang bertukar tukar kerjaya tanpa perlu tunggu lama tapi tetap tak senang kedudukannya. Ada orang bertemu jodoh awal usia tapi tak punya segulung ijazah pun itu rezeki dia. Ada kerja bagus ada pendidikan tinggi ada keluarga yang bahagia tapi tetap tak rasa cukup pun ada. Jadi kita? Bersyukur atau sebaliknya? Moga kita sentiasa rasa cukup dan bersyukur atas apa yang Dia kurnia.