Mungkin kerana ini alasan yang paling terkesan untuk aku yang selalu beri keutamaan pada dia/mereka.
Masa kita bukan selalunya ada, dan belum tentu selamanya ada, sendiri tidak tahu detik waktu kita berakhir kan? :)
Memang aku bukanlah seorang anak/kawan/teman/kekasih yang terbaik tapi untuk aku melakukan yang terbaik buat dia/mereka itu keutamaan bagi aku. Aku pilih untuk melihat bahagia untuk mereka lebih daripada aku, bila kita ikhlas pasti balasan yang baik untuk kita. Janji Allah itu pasti. Aku juga tanamkan sifat tak mengungkit hal2 yang aku dah beri, jauh sekali untuk aku tunding jari..aku lebih melihat salah sendiri, memang aku akui aku bukan seorang insan yang baik..sejujurnya aku juga pendosa lagi banyak salah.
No comments:
Post a Comment